? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 30, 2010

Bahagia itu memang milik aku

assalammualaikum ,30 march 2010

Detik-detik hari yang berlalu mematangkan usia ku..,kini aku menjadi lebih dewasa ,,,kini aku bersama kekasihku yang baru dan kalau tanggal bulan 5 ini adalah tarikh ulangtahun couple aku  bersama kekasih ku yang baru ini.Kini aku bersama nya dan aku berasa bahagia mengenalinya.Dia terlalu mengambil berat tentang diri aku. Aku sungguh bahagia.Tidak pernah aku berjumpa dengan lelaki yang sangat mengambil berat tentang diriku .

Dia juga pernah mengalami kekecewaan seperti diriku,,,,mungkin tuhan memang nak duga aku supaya berjumpa dengan lelaki yang berna Mohd Akimullah .Aku doakan semoga jodoh bersamanya.Terlalu pahit ku ingin nyatakan apabila kita kecewa.Aku tidak mahu merasai kekecewaan lagi .Ku harapkan bahagia hingga akhir hayat.

Sunday, October 25, 2009

ku sangkakan panas tapi hujan akhirnya

Tanggal 15 May 2009,

Assalammualaikum ....

Disini ingin ku luahkan sedikit perasaan pahit ku yang pernah berlaku dalam hidup ku kini telah hampir 1 tahun peristiwa itu sudah pun berlalu...tetapi kini aku telah mempunyai peganti yang jauh lebih baik.Aku bukan ingin meraih simpati sesiapa tetapi sekadar meluahkan coretan diriku yang akhirnya begini la jadinya...Perkenalan ku denganya telah mencecah 7 tahun tapi ini lah asam manis hidup setiap manusia jodoh itu ditangan tuhan aku redho aku serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa.

Aku mula mengenalinya pada 7 November 2001 dimana pada cuti sekolah bulan 12 sewaktu aku berumur 14 tahun aku bekerja di butik baju melayu yang terletak di masjid india iaitu Omar Ali. Disitu lah aku mengenalinya laki yang aku kenal umurnya baru berumur 15 tahun .Di butik Omar Ali itu semua budak - budak sekolah bekerja disitu kerana cuti sekolah iaitu pada bulan puasa.Aku dan kawan baik ku juga bekerja disitu saja suka - suka ingin mencari duit lebih.Aku singkat kan kisah ini dimana aku berkawan dengan seorang laki yang aku gelarkan dengan nama a kami hanya berkawan dan sering juga bergaduh  sehingga dalam 1 bulan aku dan dia menjadi semakin rapat orang menyangka ini mungkin cinta monyet tapi itu semua terletak pada kematangan usia kita sendiri. Cukup sebulan akhirnya tamat lah aku bekerja oleh kerana sekolah akan bermula dalam 2 minggu lagi Kami semua hanya bekerja selama sebulan sahaja disitu Memang majikan disitu inginkan budak sekolah bekerja selama sebulan.

Dalam pada itu sekembalinya aku kesekolah ,aku telah mula fokus pada pelajaranku seperti biasa  tetapi dalam diam tak diam kawan yang aku gelarkan a  itu selalu juga menelefon ku dia menuntut di sekolah berasrama agama.Dalam diam tak diam hampir 4 bulan aku mengenalinya dan kami telah sepakat untuk menjalinkan hubugan lebih dari seorang kawan senang cerita "pkwe n makwe" walaupun usia kami terlalu muda tapi kami tetap seperti biasa,,,kadang- kadang masa cuti sekolah aku keluar bersamanya kami bagai pasangan couple yang cukup bahagia.Akhirnya setelah tamat aku menduduki peperiksaan PMR keputusan result ku telah melayakkan aku memasuki asrama .Aku telah di masukan  di Sekolah Menengah Teknik Tenku Ampuan Afzan , Bentong. Sewaktu aku dapat memasuki asrama ,keluarga aku telah berpindah rumah dan kami duduk berdekatan dengan bangsar iaitu diSri bukit perseketuan ,off jalan travers ayahku  berkerja dengan kerjaan disebabkan itu lah kami berpindah rumah kami tinggal di rumah govement .Bermula detik- detik kesedihan aku sewaktu aku berumur 16 tahun dan masuk di asrama aku rasa sedih kerana takut jarang pulang untuk berjumpa dengan kekasihku he2...dia telah mencecah 17 tahun tetapi dia telah keluar dari asrama sekolah agama dan belajar di sekolah biasa ini kerana dia tidak dapat membawa subjek nya semasa di asrama. (itu katanya)

Walaubagaimanapun, perhubugan kami tetap berjalan seperti biasa sehingga aku menamatkan persekolah ku.
semasa aku menamatkan persekolahku kekasih ku itu menuntut di institut latihan perindustrian ,ipoh.Sewaktu aku menamatkan sekolah ku sementara menunggu result SPM ,aku juga kerap kali menghantarnya ke ipoh dengan menaiki bas ,kami sama2 menaiki bas.Sehingga lah aku mendapat panggilan PLKN .Lagilah aku berasa sedih kerana aku takut semasa 3 bulan aku di sana aku akan rasa jauh dengannya ,tapi 3 bulan berlalu begitu cepat mujurlah sewaktu aku di PLKN kami dibenarkan pulang kerana raya haji dan tahun baru cina.....

Kisah aku disingkatkan sehingga aku mencecah 18 tahun aku mula menuntut di ilp.kuala lumpur dalam jurusan percetakan hingga la aku menjalani prtatikal dan akhirnya aku terus diserap bekerja ketika ini .Aku singkatkan lagi kisah ini hampir tujuh tahun kami couple dan pada 15/5/2009 ini perhubungan itu telah putus ketika itu aku sudah terlalu rapat dengan keluarganya dan bercadang ingin mengikat tali pertunangan tapi tuhan itu maha kuasa kami tidak mempunyai jodoh dia telah mempunyai kekasih hati yang baru ketikan couple dengan aku dalam diam sudah 3 bulan dia merahsiakan.Aku redho dengan semuanya kini aku bahagia dengan kehidupan ku yang kini menuntut di uitm shah alam dalam jurusan diploma pengurusan maklumat dalam e-pjj .AKu juga telah mempunyai penganti cuma harapan aku tidak la setinggi apa yang aku harapkan.AKu serah segalanya pada takdir.

Saturday, October 10, 2009

Walkthon di Taman Jaya


Mei ,2009


Pada bulan 5 yang lalu ,tempat kerja aku mengadakan satu aktiviti walkthon yang di anjurkan oleh customer kami,hanye 15 orang yang ingin menurut serta di walkthon itu,aku adalah salah sorang yang ingin turut serta dalam walkthon itu di sewal 7.30 pagi kami telah di beri arahan untuk panaskan badan sebelum bermulanya walkthon itu semasa acara pertandigan itu bermula sempat mengambil gambar dengan seorang astromi negara kita iaitu Datok Sheikh Muzafar Shah.Di sini aku lampirkan gambar aku dan rakan-rakan pekerja ku bersama Datok Sheikh Muzafar Shah.





Di mana sebelum ini aku hanye melihat beliau di kacamata televisyen sahaja tetapi aku pada hari tersebut aku melihat dia depan mata aku sendiri raut wajahnya serupa seperti aku melihat nye di kaca televisyen.Muka dia sungguh " handsome sesangat he2" Selelepas itu barulah acara bermula kami semua dan semua dari peserta2 lain perlu menhabiskan larian berjalan itu dalam 3 kali padang.


Selepas tembakan di bunyikan ,semua peserta berjalan mengikut peraturan yang telah diberikan sebelum bermula nya acara itu. Aku berjalan dengan begitu bersungguh2 tapi ramai lagi perserta yang mendahului ku,,,baru seround padang aku sudah rase penat sesengat maklumler dah lama tak bersenam he2 akhirnye aku menghabiskan 3 pusingan padang di taman tasik jaya itu.Walaupun aku merasakan tempoh masa aku berjalan terlalu lama tapi aku berasa puas kerana aku berjaya menghabiskan 3 pusingan padang itu.

Monday, October 5, 2009

Majllis perkahwinan kakak aku

Tepat pada 19/12/08,selamatla kakak aku di ijabkabul dengan tunangnya yang bergelar suami.Majlis berjalan dengan begitu lancar semasa akad nikah ini gambar keluarga aku semasa berlangsungnya akad nikah dan kenduri kahwin





Suasana riuh kembali,apabila akak aku selamat diijabkabulkan,sekembalinya di rumah saya dan kakak2 yang lain sibuk memnyediakan juadah buat pihak pengatin lelaki,Aku sibuk didapur buat air dan menghidangkan juadah bagi keluarga pengatin lelaki akak aku.


Juadah seperti pudding,satay kajang ,kuet tiow goring,meehun sup ,air siraplimau di hidangkan untuk pihak pengatin lelaki kakak aku.Aku rasa penat kerana ramai saudara mara yang datang di majlis akad nikah kakak aku.Tetapi aku tersenyum puas kerana majlis semua persiapan keesokkan harinya sudah tersiap penat nya hanya tuhan yang tahu walaupun kenduri kahwin akak aku catering sekalipun aku cukup berasa penat megemas rumah,tolong mebuat bunga telur .Keesokkan harinya majlis kenduri kahwin akak aku sudah bermula ,pagi-pagi lagi aku,kakak-kakak aku yang lain sudah bersiap sedia.Ramai tetamu yang hadir pada hari itu tidak lupa juga rakan-rakan ku juga hadir pada majlis itu. Inilah kawan-kawan aku,yang turut hadir pada majlis itu.Aku berasa gembira kerana juadah catering yang dihidangkan sungguh sedap ,disebakan keluarga aku lebih kepada adapt johor juga kakak aku juga orang johor kami tidak lupe menghidangkan pulut sagu semasa kenduri kahwin itu.Ini lah kenangan yang manis buat aku kerana pertama kalinya merasai khidmat kenduri kahwin catering kerana sebelum ini kakak2 aku yang lain saudara –mara aku di johor yang masak kan untuk kenduri kahwin.

Thursday, August 13, 2009

Menuntut di ILP

October 2006


Akhirnya aku menamatkan persekolahan aku di sekolah menengah teknik bentong yang terletak di pahang aku merasa lega ini kerana aku tidak perlu lagi tinggal di asrama.Abis aku menamatkan sekolah dan pergi ke latihan plkn.Aku telah menyambung pelajran aku di salah sebuah insitut yang terletak di kuala Lumpur iaitu institut latihan peridustrian kuala –lumpur dalam jurusan pra-cetak.Sijil juruteknk tahap 1 & 2 selama dua tahun.Aku berasa sangat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang pra cetak iaitu lebih kepada percetakan.Maklum lah pelajar baru ,tidak lepas daripada terkena orintasi .Aku cukup benci kalau diarah tapi apakan daya aku kena kuat semasa diorentasi pelbagai aktiviti dilakuakan agak tertekan juga aku nak mandi pun tak sempat mujur lah itu semua mematang kan aku kerana sebelum ini aku pernah berada di plkn.Jadi kawat,lari padang mebuatkan aku rada itu semua perkara biasa buat aku.Aku ditemptkan di asrama perempuan dimana satu bilik memunyai 3 orang ,kebetulan semua rakan seblilik aku sebaya aku,ini membuatkan aku rasa bertambah seronok.Orentasi aku hanya 3 hari sahaja ini kerana kami semua pelajar second intip aku merasa lega sangat kerana tidak diorentasi selama seminggu.Semasa kelas bermula akiu mula berkenal dengan rakan-rakan aku ,seronok kerana aku belajar tentang bidang percetakan dimana insitutut latihan perindustrian mengajar kami lebih kepada pratikal bebanding teori .

 First projek aku dikehendaki membuat buku telefon seronok sangat dimana kami perlua menyediakan draf nya dulu setiap benda mesti kena buat draf dulu seperti nak buat rumah mesti ada pelanya.Akhirnya aku siap membuat draf buku telefon.Di dalam kelas aku setiap pelajar dibekal meja yang dikenali light table ,dimana setiap pelajar mendrafkan hasil kerja nya di atas meja lampu ini.Kami mendraf sesuatu di atas kertas yang bukan sebarang kertas yang kami gunakan ,kertas yang kami gunakan adalah kertas dimana kertas itulah yang aku dicetak di mesin.Selasai sudah projek pertama aku telah membuat stu poster.Aku berasa sungguh gembira dengan hasil kerja yang teah aku buat.Kami mepunyai 5 projek yang perlu kami hasilkan.Sepanjang aku menuntut di ilp aku telah menghasilkan buku telefon,poster,buku cek,Buku resipi,buku kanak-kanak itu secara berkumpulan.Projek yang paling mencabara bagi saya ialah menghasilkan buku kanak-kanak dimana kami berkumpulan seramai 5 orang menghasilkan dengan penuh kesabaran bermacam-mamcam kerenah kumpulan saya semasa menghasilkan buku tersebut.Selain daripada itu pengalaman manis buat saya semasa membuat layout untuku menghasilkan majalah ilp sehingga 3pagi kami masih membuat layout untuk di cetaka di ilp keesokkan harinya.Ini gambar aku bersama kawan- kawan bilik aku semasa di ilp


Jamuan makan bersama Semua pekerja

Pada March tahun yang lalu,tempat aku berkerja mengadakan dinner besar-besaran di sebabkan di tempat kerja aku tidak menyambut hari keluarga jadi kami membuat dinner besar-besaran.Kami semua menginap di hotel avilion yang terletak di negeri sembilan.Di situ lah destinasi tempat aku bekerja mengadakan jamuan besar-besaran.Bagi kami staf yang telah bekerja 6 bulan keatas tidak dikenakan sebarang bayaran ,ini kerana pada tiap-tiap bulan gaji kami ditolak sebanyak 10rgt untuk di masukakn kedalam tabung club dimana pada awal tahun duit itu lah yang kami gunakan untuk megadakan jamuan makan.Kami bermalam sehari di pavilion hotel pada sebelah petang pelbagai aktiviti sukan di adakan ,kenagan yang tidak dapat aku lupakan kami semua dibahagi beberapa kumpalan yang di atur oleh pihak sukan hotel avillion yang kami menginap, Pada aktiviti sukan tersebut kami di beri tema setiap kumpulan perlu membuat tema kuda-kuda laut bercinta ,dimana aku dipilih oleh kawan kumpulan aku dimana aku ditanam hingga tinggal kepala dimana ingin menunjukan kuda-kuda laut bercinta pengalaman itu yang tidak dapat aku lupakan kerana sewaktu aku ditanam badan aku tidak boleh digerakkan aku hanya mampu bernafas sahaja disebabkan aku ingin kumpulan aku menang aku lakukan yang terbaik semasa aku ditanam .Ini gambar aku semasa aku menyertai permainan bersama kumpulanku.








Friday, August 7, 2009

Detik-detik manis di PLKN

Assalammualaikum...

Seterunya perjalanan hidupku menjadi semakin rumit sejurus aku menamatkan sekolah di sekolah menegah teknik bentong ,aku di panggil ke latihan khidmat negara,agak liat untuk aku pergi meninggalkan keluarga 3 bulan tanpa pulang kerumah aku merasakan latihan khidmat negara cukup membosankan tapi apakan daya perintah kerjaan harus aku turuti jua, Tanggal 13 disember tahun 2005 aku telah pergi meneruskan latihan khidmat negara,peserta sesi 2/tahun 2005 kawasan kuala lumpur semua dikehendaki menunggu di perkarangan bukit jalil aku di tempat kan di latihan khidmat negara tahun di kem cahaya gemilang cherating.Mujurlah pada masa itu ada diantara rakan-rakan yang sama sekolah dengan aku ditemptkan di kem yang sama. Perjalanan kami memakan masa selama 5jam dengan bas yang berhenti di setiap kawasan rehat menyebabkan kami semua tiba agak lewat .5 jam berlalu dengan pantas aku tiba dia sebuah kem yang aku sangkakan buruk tapi aku agak teperanjat dimana kem yang bakal aku duduki tidak seperti yang aku jangkakan kebetulan pada tahun sesi kami yang pertama merasmikan kem tersebut ini kerana sesi 1 tahun 2004 hanya di tempatkan di kem yang hanya dipasang sendiri tetapi pada sesi saya ,kami ditemptkan di beret seperti kem askar,tempt nya yang bersih ,baru,mempunyai kipas,katil ,selimut juga disediakan khidmat dobi bagi menghantar pakaian plkn kami.Aku mula berasa gembira kerana apa yang aku sangkakan meleset sama sekali.





Akhirnya aku di tempatkan di beret 7 ,seramai 25 orang yang di tempatkan di beret plkn itu,katil ku betul2 berhadapan dengan pintu itu lah hari pertama aku di PLKN,semasa lapor diri h.p kami telah di simpan oleh warden plkn kami tidak dibenarkan memakai h.p kecuali hari ahad dibenarkan untuk memakai h.p,perasaan aku sedih,rindu becampur2 bau kerana h.p kami akan diserahkan ini kerana rasa rindu aku pada keluarga ,kawan-kawan akan menjadilebih mendalam.Lagi2 aku ditempatkan di PLKN cherating yang jarak nya berbatu- batu dari kediaman tinggalku.Masa berlalu begitu pantas ,sejurus aku mengemas beg pakaian aku ,aku sempat berborak dan berkenal kenal dengan kawan- kawan bilik ku,semuanya peramah ada segeentir darinya datang dari pahang juga ada yang datang dari terengganu kawan yang aku kenal ialah kawan sebelah katil ku nama nya wan shazana sugguh manis namanya serupa dengan tuannya,


Hampir 2 jam kami berkenal- kenalan,aku mula melupakan sikit demi sikit perasaan rindu aku pada keluarga dan kawan-kawan aku.Aku harus kuat denga 3bulan yang ada ini.Sebelah petang kami semua dikehendaki kedewan makan,dewan makan yang besar,bersih membuatkan aku lagi terpegun ini kerana sangkaan aku dewan makannya buruk,kotor tapi semua yang aku sangkakan meleset sama sekali.Kami kedewan makan,makanan yang diberikan memang sedap sekali perasaan aku bertambah gembira kerana aku dapt merasai pelahan- pelahan semasa aku di plkn.Mlm pun menjelma semua di kehendaki tidup selewat- lewanya pukul 11,ini kerana kesokkan hari kami perlu kepadang tepat 6.30 pagi.Keesokkan harinya kami beramai-ramai perig kepadang mujurlah kami tepat pada masa ini kerana ada peserta plkn yang lain lambat mereka dikehendaki lari bulatan padang dan ada yang kena rendam dalam kolam mandi beramai2 seramai 400 lebih peserta yang terpilih di plkn.Seawal pagi itu kami dibahagikan kumpulan untuk lebih senang kami bercampur-campur dengan perserta plkn yang lain.Hampir 2 jam kami berdiri semasa kumpulan dibahagikan kami juga di kehendaki menyanyi lagu plkn dan lagu negara ku ,aku merasakan seperti budak sekolah kerana menyanyi lagu plkn itu.Kenangan aku bersama rakan di PLKN