? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, October 25, 2009

ku sangkakan panas tapi hujan akhirnya

Tanggal 15 May 2009,

Assalammualaikum ....

Disini ingin ku luahkan sedikit perasaan pahit ku yang pernah berlaku dalam hidup ku kini telah hampir 1 tahun peristiwa itu sudah pun berlalu...tetapi kini aku telah mempunyai peganti yang jauh lebih baik.Aku bukan ingin meraih simpati sesiapa tetapi sekadar meluahkan coretan diriku yang akhirnya begini la jadinya...Perkenalan ku denganya telah mencecah 7 tahun tapi ini lah asam manis hidup setiap manusia jodoh itu ditangan tuhan aku redho aku serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa.

Aku mula mengenalinya pada 7 November 2001 dimana pada cuti sekolah bulan 12 sewaktu aku berumur 14 tahun aku bekerja di butik baju melayu yang terletak di masjid india iaitu Omar Ali. Disitu lah aku mengenalinya laki yang aku kenal umurnya baru berumur 15 tahun .Di butik Omar Ali itu semua budak - budak sekolah bekerja disitu kerana cuti sekolah iaitu pada bulan puasa.Aku dan kawan baik ku juga bekerja disitu saja suka - suka ingin mencari duit lebih.Aku singkat kan kisah ini dimana aku berkawan dengan seorang laki yang aku gelarkan dengan nama a kami hanya berkawan dan sering juga bergaduh  sehingga dalam 1 bulan aku dan dia menjadi semakin rapat orang menyangka ini mungkin cinta monyet tapi itu semua terletak pada kematangan usia kita sendiri. Cukup sebulan akhirnya tamat lah aku bekerja oleh kerana sekolah akan bermula dalam 2 minggu lagi Kami semua hanya bekerja selama sebulan sahaja disitu Memang majikan disitu inginkan budak sekolah bekerja selama sebulan.

Dalam pada itu sekembalinya aku kesekolah ,aku telah mula fokus pada pelajaranku seperti biasa  tetapi dalam diam tak diam kawan yang aku gelarkan a  itu selalu juga menelefon ku dia menuntut di sekolah berasrama agama.Dalam diam tak diam hampir 4 bulan aku mengenalinya dan kami telah sepakat untuk menjalinkan hubugan lebih dari seorang kawan senang cerita "pkwe n makwe" walaupun usia kami terlalu muda tapi kami tetap seperti biasa,,,kadang- kadang masa cuti sekolah aku keluar bersamanya kami bagai pasangan couple yang cukup bahagia.Akhirnya setelah tamat aku menduduki peperiksaan PMR keputusan result ku telah melayakkan aku memasuki asrama .Aku telah di masukan  di Sekolah Menengah Teknik Tenku Ampuan Afzan , Bentong. Sewaktu aku dapat memasuki asrama ,keluarga aku telah berpindah rumah dan kami duduk berdekatan dengan bangsar iaitu diSri bukit perseketuan ,off jalan travers ayahku  berkerja dengan kerjaan disebabkan itu lah kami berpindah rumah kami tinggal di rumah govement .Bermula detik- detik kesedihan aku sewaktu aku berumur 16 tahun dan masuk di asrama aku rasa sedih kerana takut jarang pulang untuk berjumpa dengan kekasihku he2...dia telah mencecah 17 tahun tetapi dia telah keluar dari asrama sekolah agama dan belajar di sekolah biasa ini kerana dia tidak dapat membawa subjek nya semasa di asrama. (itu katanya)

Walaubagaimanapun, perhubugan kami tetap berjalan seperti biasa sehingga aku menamatkan persekolah ku.
semasa aku menamatkan persekolahku kekasih ku itu menuntut di institut latihan perindustrian ,ipoh.Sewaktu aku menamatkan sekolah ku sementara menunggu result SPM ,aku juga kerap kali menghantarnya ke ipoh dengan menaiki bas ,kami sama2 menaiki bas.Sehingga lah aku mendapat panggilan PLKN .Lagilah aku berasa sedih kerana aku takut semasa 3 bulan aku di sana aku akan rasa jauh dengannya ,tapi 3 bulan berlalu begitu cepat mujurlah sewaktu aku di PLKN kami dibenarkan pulang kerana raya haji dan tahun baru cina.....

Kisah aku disingkatkan sehingga aku mencecah 18 tahun aku mula menuntut di ilp.kuala lumpur dalam jurusan percetakan hingga la aku menjalani prtatikal dan akhirnya aku terus diserap bekerja ketika ini .Aku singkatkan lagi kisah ini hampir tujuh tahun kami couple dan pada 15/5/2009 ini perhubungan itu telah putus ketika itu aku sudah terlalu rapat dengan keluarganya dan bercadang ingin mengikat tali pertunangan tapi tuhan itu maha kuasa kami tidak mempunyai jodoh dia telah mempunyai kekasih hati yang baru ketikan couple dengan aku dalam diam sudah 3 bulan dia merahsiakan.Aku redho dengan semuanya kini aku bahagia dengan kehidupan ku yang kini menuntut di uitm shah alam dalam jurusan diploma pengurusan maklumat dalam e-pjj .AKu juga telah mempunyai penganti cuma harapan aku tidak la setinggi apa yang aku harapkan.AKu serah segalanya pada takdir.

Saturday, October 10, 2009

Walkthon di Taman Jaya


Mei ,2009


Pada bulan 5 yang lalu ,tempat kerja aku mengadakan satu aktiviti walkthon yang di anjurkan oleh customer kami,hanye 15 orang yang ingin menurut serta di walkthon itu,aku adalah salah sorang yang ingin turut serta dalam walkthon itu di sewal 7.30 pagi kami telah di beri arahan untuk panaskan badan sebelum bermulanya walkthon itu semasa acara pertandigan itu bermula sempat mengambil gambar dengan seorang astromi negara kita iaitu Datok Sheikh Muzafar Shah.Di sini aku lampirkan gambar aku dan rakan-rakan pekerja ku bersama Datok Sheikh Muzafar Shah.





Di mana sebelum ini aku hanye melihat beliau di kacamata televisyen sahaja tetapi aku pada hari tersebut aku melihat dia depan mata aku sendiri raut wajahnya serupa seperti aku melihat nye di kaca televisyen.Muka dia sungguh " handsome sesangat he2" Selelepas itu barulah acara bermula kami semua dan semua dari peserta2 lain perlu menhabiskan larian berjalan itu dalam 3 kali padang.


Selepas tembakan di bunyikan ,semua peserta berjalan mengikut peraturan yang telah diberikan sebelum bermula nya acara itu. Aku berjalan dengan begitu bersungguh2 tapi ramai lagi perserta yang mendahului ku,,,baru seround padang aku sudah rase penat sesengat maklumler dah lama tak bersenam he2 akhirnye aku menghabiskan 3 pusingan padang di taman tasik jaya itu.Walaupun aku merasakan tempoh masa aku berjalan terlalu lama tapi aku berasa puas kerana aku berjaya menghabiskan 3 pusingan padang itu.

Monday, October 5, 2009

Majllis perkahwinan kakak aku

Tepat pada 19/12/08,selamatla kakak aku di ijabkabul dengan tunangnya yang bergelar suami.Majlis berjalan dengan begitu lancar semasa akad nikah ini gambar keluarga aku semasa berlangsungnya akad nikah dan kenduri kahwin





Suasana riuh kembali,apabila akak aku selamat diijabkabulkan,sekembalinya di rumah saya dan kakak2 yang lain sibuk memnyediakan juadah buat pihak pengatin lelaki,Aku sibuk didapur buat air dan menghidangkan juadah bagi keluarga pengatin lelaki akak aku.


Juadah seperti pudding,satay kajang ,kuet tiow goring,meehun sup ,air siraplimau di hidangkan untuk pihak pengatin lelaki kakak aku.Aku rasa penat kerana ramai saudara mara yang datang di majlis akad nikah kakak aku.Tetapi aku tersenyum puas kerana majlis semua persiapan keesokkan harinya sudah tersiap penat nya hanya tuhan yang tahu walaupun kenduri kahwin akak aku catering sekalipun aku cukup berasa penat megemas rumah,tolong mebuat bunga telur .Keesokkan harinya majlis kenduri kahwin akak aku sudah bermula ,pagi-pagi lagi aku,kakak-kakak aku yang lain sudah bersiap sedia.Ramai tetamu yang hadir pada hari itu tidak lupa juga rakan-rakan ku juga hadir pada majlis itu. Inilah kawan-kawan aku,yang turut hadir pada majlis itu.Aku berasa gembira kerana juadah catering yang dihidangkan sungguh sedap ,disebakan keluarga aku lebih kepada adapt johor juga kakak aku juga orang johor kami tidak lupe menghidangkan pulut sagu semasa kenduri kahwin itu.Ini lah kenangan yang manis buat aku kerana pertama kalinya merasai khidmat kenduri kahwin catering kerana sebelum ini kakak2 aku yang lain saudara –mara aku di johor yang masak kan untuk kenduri kahwin.